statistik
Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun,
menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan
daripada hasil penganalisisian data tersebut. Mengikut sejarah,
statistik ini asalnya datang daripada perkataan ‘state’ yang memberi
makna sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya
oleh pemerintah untuk mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk
di bawah pemerintahnya. Maklumat seperti bilangan penduduk, jumalah anak
dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah padi yang
dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah dapat
mengguanakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan menguruskan
pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua
bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik
perihalan merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual,
carta dan graf) serta meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan
pelajar mengikut pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh disajikan
dalm bentuk jadual, cerita atau graf supaya mudah difahami umum.
Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh
dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data. Statistik pentadbiran
menggunakan data untuk membuat anggaran, keputusan, ramalan, ujian
hipotesis dan sebagainya. Bahagian statistik ini memerlukan pengetahuan
matematik yang agak kukuh. Contoh pencapaian pelajar boleh dikumpul
untuk beberapa tahun dan analisis dilikukan dengan menggunakan pelbagai
kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan hasil bagi membuat
keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar. Keputasan yang
diperoleh mungkin boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan
atau mengubah syarat kemasukan pelajar ke universiti. Dua ahli statistik
yang banyak menyumbang dalam perkembangan awal bidang ini ialah Karl
Pearson (1857-1936) dan Ronald Fisher (1890-1962)
No comments:
Post a Comment